Friday, April 10, 2009

Sharing ini saya tujukan khas kepada semua penganut Kristian. Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan komen.

Friday December 12, 2008
Saya memang lahir dalam keluarga RC. Saya dan keluarga saya begitu kuat dengan kepercayaan kami sehingga kami menolak ajaran dominasi lain dengan tegas terutama SDA. Kami tidak menyukai SDA kerana sering mempersoalkan ajaran agama kami.

Pergaulan dengan ramai kawan dari pelbagai dominasi, menyebabkan saya terdorong untuk mengkaji lebih dalam tentang Kristian yang benar.

Akhirnya, pencarian saya berakhir apabila Tuhan menjawab doa saya dengan mempertemukan saya kepada kebenaran ini, seterusnya menerima pertobatan pada 04 Oktober 2003.

Bersukacita kerana sudah mengenal kebenaran serta mahu terus dikuatkan. Inilah yang mendorong saya untuk terus menyebarkan mesej-mesej Tuhan.

Tuhan sentiasa tetap dengan janjiNya.Semasa saya berada dalam Tahun Tiga pengajian di universiti, saya berasa bingung mana satu aliran yang benar-benar memelihara kebenaran. Ini kerana, masing-masing dominasi menyatakan bahawa gereja merekalah yang memegang kebenaran. Saya berdoa kepada Yesus “Beri saya petunjuk, supaya saya boleh memilih mana satukah aliran gereja yang memelihara kebenaran”.

Sekiranya kita benar-benar mencari kebenaran melalui penyerahan kepada Yesus, Dia pasti memberikan jawapan.
3. Setelah menemui kebenaran itu, saya mula berani mempersoalkan keraguan saya dalam Katolik :
i. Hukum 10 ialah hukum yang dikeluarkan oleh Tuhan sendiri. Kenapa umat katolik tidak meneliti setiap satu hukum itu serta menurutinya (terutama hukum ke-2 : sembah patung, dan hukum ke-4: Sabat)? (Sembah patung : banyak bukti, antaranya sebelum Mass untuk Good Friday, ada upacara sembah dan cium patung Yesus di Salib) Mereka tidak memahami Sabat. Sedangkan Sabat ialah suci. Mereka juga tidak tahu Sabat ialah hari Ketujuh sedangkan petunjuk jelas dalam Mat 28:1.
iii. Mereka tidak mahu menerima bahawa ada makanan halal dan ada juga yang haram seperti dalam Imamat 11. Cuba kaji di Kej 1 : 29 (makanan asal manusia), Kej 7 : 2 (binatang haram 1 pasang saja dibenarkan masuk bahtera).Kej 6 : 21 - Dan engkau, bawalah bagimu segala apa yang dapat dimakan;...maksudnya yang halal saja. Sebab, ingat dalam ayat sebelumnya, sudah diberi peringatan ada bidatang haram dan ada pula yang halal.
iv. RC mohon bantuan Maria untuk “minta tolong doakan” atas alasan: Maria lebih dekat dengan Yesus. Antara contoh dalam alkitab ialah Perkahwinan di Kana iaitu semasa Maria meminta Yesus menambah anggur majlis. Kuasa doa ini adalah dipengaruhi oleh jumlah ulangan. semakin banyak ulang, semakinlah berkuasa. Ini di luar logik akal.Peristiwa di Fatimah (Maria menampakkan diri kepada 3 budak) bukanlah suatu sebab mereka berdoa Rosari. Ini tidak diajarkan dalam alkitab. Tambahan pula, sesiapa sahaja boleh reka cerita seperti ini.
v. Kejadian-kejadian dan berita bahawa Maria menampakkan diri adalah sangat dipercayai dan diterima serta menganggap peristiwa itu adalah suci. Sedangkan kita tahu dalam kitab Pengkothbah (Pkh 9 : 5), roh yang sudah mati sudah tidak ada apa-apa kenangan baginya dan roh itu tidak merasai apa-apa. Jelas ini bertentangan dengan alkitab.
vi. Perayaan Ekaristi sangat dipentingkan malah inilah inti iman mereka sehinggakan perlu dirayakan setiap hari Ahad. Dalam perayaan ini, mereka memperingati kematian dan kebangkitan Yesus. Pandangan untuk mengagung-agung peristiwa kebangkitan Yesus juga menyebabkan mereka memilih Ahad sebagai hari perhentian mereka. Bagi saya perayaan Ekaristi adalah tiruan kepada ritual / pemujaan (adaptasi daripada kepercayaan animisme di Rom )
Ritual / pemujaan kerana:
- bermula saat masuk gereja hingga tamat, setiap peribadi harus dalam khusyuk. Tidak ada perbincangan untuk memahami Firman.
- banyak doa hafalan yang diucapkan beramai-ramai.
- ada paderi / katigis yang mengetuai upacara perjamuan dan semasa acara konsekrasi (perjamuan), umat harus benar-benar membayangkan bahawa paderi itu ialah Yesus semasa perjamuan akhir. Pada saat itu altar menjadi tempat yang benar-benar suci kerana ada Roh Allah di sana. Sedangkan tiada arahan ini dalam Alkitab.
- pada musim-musim tertentu terutama jika ada bishop, kemyenyan akan dibakar dan diarak mengelilingi altar serta seluruh ruang gereja (mirip dengan upacara animisme).

- umat harus percaya (mengimani) bahawa roti serta anggur dalam perjamuan itu ialah benar-benar darah dan daging Yesus. Contohnya, kisah tahun 700, rahib Basilian di Luciano Itali.
vii. Kenapa perlu bawa budaya ke dalam gereja sedangkan Yesus dengan jelas memberi amaran tentangnya? Sehingga Yesus berkata bahawa “kamu mengusir setan menggunakan namaKu, tetapi sebenarnya Aku tidak mengenal kamu”. Mat 24:24 – melakukan mukjizat untuk menipu orang, bahkan umat Tuhan juga akan tertipu.
Saya dengan yakin menyatakan iman saya terhadap ajaran SDA dan mahu dibaptis. Keinginan ini disambut dengan perasaan dingin seluruh keluarga saya sampai sekarang. Namun, saya sentiasa berdoa supaya Yesus memberi jalan supaya suatu hari kelak, saya dapat menyatakan kebenaran ini, dan supaya mereka juga dapat menerima pertobatan.

1 comment:

  1. Saya sokong...saya pun dilahir RC..baca The real history of the catholic church

    ReplyDelete