1. Tuhan memberikan sinar matahari dan curahan hujan secara merata kepada semua orang tanpa membezakan apakah mereka jahat atau baik.
Mat 5 : 45 - Kerana dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang jahat dan orang baik, dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan tidak benar.
Dalam hal ini Allah membuktikan kasihNya melalui perbuatanNya yang tidak memilih bulu. Artinya, Tuhan itu berlaku dan bersikap baik terhadap mereka "yang tidak tahu berterimakasih dan terhadap orang-orang yang jahat" Luk 6 : 35
2. Zakeus, kepala pemungut cukai, yang tekenal kaya dengan pemerasannya (Luk 9 : 2, 8), tidak terlepas daripada jangkauan rencana keselamatan. Sebab sesudah Zakeus menyatakan pengakuannya atas segala perbuatannya yang jahat dan menyatakan kesediaan untuk memperbaikinya, Yesus berkata kepadanya:
Hari ni telah terjadi keselamatan atas rumah ini. Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang. Luk 19:10
3. Raja Firaun, yang terkenal dengan jahat, termasuk menanam bayi perempuan hidup-hidup, pun didekati Tuhan melalui hambaNya Musa dan Harun. Mukjizat demi mukjizat diadakan sampai sepuluh kali di hadapannya ( Kel 7 14 - 11: 10)
4. Nikodemus, seorang pemimpin agama Yahudi pun tidak terlepas daripada perhatianNya. Dialognya dengan Yesus mengenai kelahiran baru menghasilkan pertobatannya (Yoh 3:1-10) sehingga ia bersama dengan Yusuf dari Arimatea, "mengambil mayat Yesus dan mengapaninya dengan rempah-rempah menurut adat orang Yahudi bila menguburkan mayat" (Yoh 19:20).
Kesemua peristiwa tadi membuktikan bahawa Tuhan memperlakukan setiap orang adalah sama dan tidak pilih bulu terhadap sesiapapun. Dia membuka kesempatan untuk selamat kepada semua orang dengan berkata
"Marilah kepadaKU, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku memberi kelegaan kepadamu" Mat 11:28.
Tuhan tidak akan segera membinasakan dunia ini dengan orang yang jahat di dalamnya , "Kerana Ia mengkhendaki supaya jangan ada yang binasa di dalamnya, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat" II Pet 3 : 9.
Apa latar belakang kita, adakah kita sama seperti Firaun yang pernah membunuh orang secara fizikal? Apakah kita pernah menolak Yesus? Marilah kita, menyerahkan bebanan kita, kesakitan kita, kekhuatiran kita, keragu-raguan kita, keputusasaan kita, kepada Yesus. Kerana Yesus tidak membeza-bezakan siapa kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment